My Blog List

Monday, September 17, 2012

JAMBORI RIVER RANGER JPS M'SIA KALI KE-3

Assalamualaikum

 Jambori River Ranger JPS Malaysia Kali ke-3 akan di adakan di Peladang Setiu Agro Resort dan Sungai Jerteh,Besut pada 22-24 Sept 2012..

Jumpa anda semua di sanaaaa.............................................




Thursday, July 12, 2012

Program River Ranger Sekolah2 Terengganu 2012

Haiiii
Kali ini pada tahun 2012, seperti biasa seperti tahun terdahulu program ini diadakan di Pusat Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Merbau Menyusut, Setiu, Terengganu dan baru saja melabuhkan tirai pada hari ini. ( 11-12 Julai 2012 )

Ohhh..sangat besss main sungai lagi...

Sungai yang jernih, sejukkkk, bersih dan mendamaikan. ( walaupun jari kaki ku telah digigit sama lintah...lintah jerrrrr...lekkk ar)

Pada kali ini penyertaan dari 5 buah sekolah dari daerah besut dan 5 buah sekolah dari daerah Kuala Terengganu.

Kehadiran bagi daerah Besut hanya 3 buah sekolah, manakala bagi daerah Kuala Terengganu 4 Buah Sekolah ( SMK Panji Alam, SMK Sultan Ahmad, SMK Chung Hwa Wei Sin dan SMK Seri Nilam )..

bergambar selepas program selesai
Lagi gambar boleh tengok di sini

Monday, September 26, 2011

SMK Paka D' Jambori Melaka

Video ini telah dirakam oleh pelajar sekolah dan guru SMK PAKA yang terlibat untuk Jambori JPS peringkat kebangsaan di Melaka baru-baru ini. Saksikan bersama.

Tuesday, September 20, 2011

INFO TENTANG RIVER RANGER

 Untuk para young scientist dan pembaca-pembaca semua yang ingin menambahkan lagi info, anda semua boleh layari laman web river ranger seperti di bawah:-

http://www.riverranger.my/






Program River Ranger Zon Tengah | 13-14 Sept 2011


Program River Ranger Zon Tengah (Sekolah daerah K.Tganu & Marang) yang telah di adakan pada 13-14 Sept 2011 bertempat di Pusat Kokurikulum Merbau Menyusut, Setiu. Sebanyak 8 Buah Sekolah mengambil bahagian melibatkan 48 murid dan 16 guru. Gambar aktiviti boleh dillayari klik disini

PROGRAM RIVER RANGER ZON SELATAN

Program River Ranger zon selatan yang diadakan pada 27-28 Julai 2011 melibat kan 10 buah sekolah di dua daerah yang terlibat iaitu daerah Kemaman dan daerah Dungun. Seramai 60 murid terlibat secara langsung didalam program jabatan ini. Program diadakan di Pusat Kokurikulum Kuala jengai, Dungun dan juga di kawasan rekreasi Chemerong, Dungun.



















untuk lebih gambar klik disini

Program River Ranger Sekolah-Sekolah Terengganu Zon Utara 2011

Program River Ranger Sekolah-Sekolah Terengganu Zon Utara 2011 akan diadakan pada 5 dan 6 Julai 2011 di Pusat Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Merbau Menyusut, Setiu, Terengganu. Sebanyak 15 buah sekolah terlibat di dalam program ini. Tujuan Program River Ranger diadakan untuk

1. Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan.
2. Menimbulkan keinginan untuk sama-sama memulihara dan mencintai sungai. 

Nak lihat gambar boleh klik disini

Monday, November 22, 2010

JAMBORI RIVER RANGER PERINGKAT KEBANGSAAN


hulu sungai galing di semambu


hulu sungai galing di semambu


hulu sungai galing di semambu


hulu sungai galing di semambu


senaman arobik










Jambori telah dianjurkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia pada 29-31 Oktober 2010 yang lepas bertempat di Dataran Sungai Galing, Kuantan, Pahang.

Tujuan program ini dilaksanakan bagi mewujudkan jaringan kerjasama dan perkongsian pengalaman di kalangan ahli River Ranger (RR) di Malaysia juga memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan tambahan kepada ahli serta bertujuan memberi pengiktirafan dan anugerah kepada RR terbaik di Malaysia.

Program ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran dan kerjasama dari pihak sekolah yang terpilih dimana 3orang murid dan seorang guru pengiring yang terpilih bagi penglibatan di dalam program ini.

JPS Negeri Terengganu telah memilih pelajar dari Sek. Menengah Seri Berang dan turut sama disertai oleh 4orang kakitangan JPS Negeri Terengganu.
Diantara kakitangan JPS Negeri Terengganu yang terlibat:-
  • En. Muhamad Maliki Bin Idris
  • En. Kamar Nor Azman Bin Haji Arifin
  • En. Abdullah Bin Jaafar
  • Pn. Sharifah Najmah Murni Bt. Tuan Ngah
Manakala guru pengiring dan pelajar sekolah yang terlibat:-
  • En. Mohd Azman Esham Bin Saat, guru pengiring
  • Nik Mohd Nazmi Bin Nik Zainal
  • Mohd Shahiran Bin Mohd Fauzi
  • Mohd Amirin Bin Ibrahim
Maskot yang telah dibawa adalah BATAGUR BASKA atau lebih dikenali dengan nama " TUNTUNG "


Ini lah tuntung yang kami bawa dari Hulu Terengganu



Ini lah maskot tuntung yang direka dan dipakai oleh pelajar dari Sek. Men Seri Berang



Maskot dari setiap negeri yang terlibat dalam penyertaan river ranger pada tahun 2010